TRIP KOTA KINABALU + KUNDASANG, SABAH 4D3N
A. TINERARY
Day 1 : Kuala Lumpur – KKIA – Ranau (BBQ disediakan)
Berkumpul di KLIA2 jam 4am di kaunter S sebelah KFC. Daftar masuk akan diuruskan oleh wakil Pelo Travel. Penerbangan dijangka pada 6.15am dan tiba di KKIA pada jam 8.55am. Selesai urusan imigresen dan tuntutan bagasi, peserta akan bergerak ke Ranau. Perjalanan ke Ranau mengambil masa selama 2 jam. Dalam perjalanan kesana, peserta akan dibawa ke Rumah Terbalik terlebih dahulu. Kemudian akan pergi ke Jambatan Tamparuli. Seterusnya meneruskan perjalanan ke Nabalu Park. Peserta akan dibawa makan tengahari di restoran. Selepas makan tengahari, peserta akan dibawa ke Fish Spa Kg Bombon Marakau. Kemudian akan dibawa ke Poring Hotspring. Solat jamak di Poring hotspring. Selesai aktiviti, peserta akan pulang ke Kundasang. Sebelum check in, peserta akan singgah di Pasar Sayuran dekat Pekan Kundasang. Check in penginapan
Day 2 : Kundasang – Kota Kinabalu City Tours (sarapan pagi disediakan)
Sarapan pagi di penginapan. Check out dan terus bergerak ke Desa Cattle Dairy Farm. Selesai aktiviti, terus pulang ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan pulang, peserta akan singgah di Pekan Nabalu untuk membeli cenderamata. Meneruskan perjalan ke Kota Kinabalu. Melawat Masjid Bandaraya yang merupakan masjid terapung. Solat jamak dekat masjid terapung. Makan tengahari di restoran. Kemudian membuat city tours area kawasan Kota Kinabalu. Lokasi pertama Signal Hills, Dataran I Love KK, Jamilah Jewellery. Selesai city tours, peserta akan dibawa ke tempat penginapan. Sebelah petang, peserta akan dibawa ke Pantai Tanjung Aru yang terkenal keindahan sunset. Makan malam pula dibawa ke Dataran Todak yang merupakan syurga untuk makanan laut. Pelbagai makanan laut yang ditawarkan dengan harga yang murah. Selesai makan malam, peserta dibawa ke Pasar Malam Sinsuran. Pelbagai barangan cenderamata seperti mutiara, batu permata, kerongsang dan sebagainya yang dijual harga murah. Dihantar pulang ke tempat penginapan.
Day 3 : Island Hopping (sarapan pagi disediakan)
Sarapan pagi di jetty Jesselton sebelum ke pulau. Aktiviti snorkeling dua pulau iaitu, manukan dan sapi/mamuntik. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di pulau selain dari snorkeling. Antaranya parasailing, banana boat, sea walker, dan diving. Pihak kami boleh tawarkan harga promo kepada peserta. Aktiviti dijangka sehingga jam 3pm. Balik dari pulau rehat di bilik sehingga waktu makan malam. Makan malam di Dataran Todak. Boleh repeat pasar malam jika perlu. Dihantar ke tempat penginapan untuk berehat.
Day 4 : Kota Kinabalu – KKIA – Kuala Lumpur (sarapan pagi disediakan)
Sarapan pagi di restoran. Kemudian dibawa ke Museum Sabah untuk lawatan sejarah negeri Sabah. Kemudian peserta akan dibawa ke Pasar Filipina untuk membeli ikan masin dan pelbagai barangan laut. Makan tengahari di restoran dan solat jamak. Sebelum dihantar ke airport, peserta akan dibawa ke Kilang Coklat terbesar di Sabah. Transfer ke KKIA. Penerbangan berlepas pada jam 7.25pm dan dijangka tiba di KLIA2 pada jam 9.55pm.
B. MAKLUMAT PAKEJ
Pakej Termasuk | Pakej tidak Termasuk |
✔️ Flight pergi & balik ✔️ Penginapan 1 malam di Kundasang ✔️ Penginapan 2 malam di Kota Kinabalu ✔️ 3x sarapan + 1x BBQ ✔️ Tiket lawatan ✔️ 2 island hopping + peralatan snorkeling ✔️ Pengangkutan sepanjang trip ✔️Bagasi cabin 7kg seorang ✔️ Tour leader (min 15 - 20 peserta) | ❌ Bagasi ❌ Sajian dalam penerbangan Insuran ❌ Lunch & dinner ❌ Tipping wajib RM50 seorang |
C. MAKLUMAT PENERBANGAN
Penerbangan | Airasia |
Pergi | AK5110 ETD 06:15 ETA 08:55
|
Balik | AK5117 ETD 19:25 ETA 21:55
|
D. MAKLUMAT PENGINAPANKota Kinabalu | 1 Bilik 2 orang - Marina Court Apartment @ Setaraf |
Kundasang | 1 Bilik 2 orang - Kiram Village @ D'Izz Lodge @ Setaraf |
E. JADUAL PEMBATALAN PAKEJ
30 Hari sebelum penerbangan
| 100 % lucut pembayaran pakej
|
45 hari sebelum penerbangan
| 75 % lucut pembayaran pakej
|
60 hari sebelum penerbangan
| 50 % lucut pembayaran pakej
|
90 hari sebelum penerbangan | 1st deposit tidak akan dipulangkan
|
F. TERMA & SYARAT
1. Untuk tempahan deposit RM450 diperlukan. Non refundable
2. Baki boleh dibayar secara ansuran mengikut persetujuan
3. Quotation bergantung harga semasa tiket penerbangan. Harga penerbangan hendaklah di antara RM300 - RM400. Cuti sekolah & cuti umum adalah tidak tertakluk dengan harga ini
4. Itinerary akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan
5. Masa penerbangan akan ada perubahan tertakluk kepada perubahan jadual dari airlines
6. Nama peserta tidak boleh diganti dengan orang lain
7. Jika berlaku PKP, trip tidak akan dibatalkan dan pihak kami akan tunda ke satu tarikh ke hadapan atas persetujuan semua
8. Pihak kami tidak akan menangung segala kos yang perlu dikeluarkan (jika ada) untuk mematuhi SOP kemasukan ke Negeri Sabah
9. Jika pihak tuan/puan bersetuju dengan pakej ini adalah wajib untuk mengikut segala maklumat yang terdapat dalam itinerary ini
G. GALERI

![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Pakej ini diuruskan oleh Pelo Travel & Tours Sdn Bhd. Urusan pembayaran kepada akaun syarikat 555135117194 (Maybank)