Akaun peloleshq.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Private Trip Kota Kinabalu + Kundasang, Sabah 4D3N

Private Trip Kota Kinabalu + Kundasang, Sabah 4D3N

TRIP KOTA KINABALU + KUNDASANG, SABAH 4D3N

A. TINERARY

 Day 1 : Johor Bharu – KKIA – Ranau (BBQ disediakan)

Perlu berada di Airport sekurang kurangnya 2 jam sebelum penerbangan. Penerbangan dijangka pada 7.25am dan tiba di KKIA pada jam 9.45am. Selesai urusan imigresen dan tuntutan bagasi, peserta akan bergerak ke Ranau. Perjalanan ke Ranau mengambil masa selama 2 jam. Dalam perjalanan kesana, peserta akan dibawa ke Rumah Terbalik terlebih dahulu. Kemudian akan pergi ke Jambatan Tamparuli. Seterusnya meneruskan perjalanan ke Nabalu Park. Peserta akan dibawa makan tengahari di restoran. Selepas makan tengahari, peserta akan dibawa ke Fish Spa Kg Bombon Marakau. Kemudian akan dibawa ke Poring Hotspring. Solat jamak di Poring hotspring. Selesai aktiviti, peserta akan pulang ke Kundasang. Sebelum check in, peserta akan singgah di Pasar Sayuran dekat Pekan Kundasang. Check in penginapan 

Day 2 : Kundasang – Kota Kinabalu City Tours (sarapan pagi disediakan)

Sarapan pagi di penginapan. Check out dan terus bergerak ke Desa Cattle Dairy Farm. Selesai aktiviti, terus pulang ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan pulang, peserta akan singgah di Pekan Nabalu untuk membeli cenderamata. Meneruskan perjalan ke Kota Kinabalu. Melawat Masjid Bandaraya yang merupakan masjid terapung. Solat jamak dekat masjid terapung. Makan tengahari di restoran. Kemudian membuat city tours area kawasan Kota Kinabalu. Lokasi pertama Signal Hills, Dataran I Love KK, Jamilah Jewellery. Selesai city tours, peserta akan dibawa ke tempat penginapan. Sebelah petang, peserta akan dibawa ke Pantai Tanjung Aru yang terkenal keindahan sunset. Makan malam pula dibawa ke Dataran Todak yang merupakan syurga untuk makanan laut. Pelbagai makanan laut yang ditawarkan dengan harga yang murah. Selesai makan malam, peserta dibawa ke Pasar Malam Sinsuran. Pelbagai barangan cenderamata seperti mutiara, batu permata, kerongsang dan sebagainya yang dijual harga murah. Dihantar pulang ke tempat penginapan.

Day 3 : Island Hopping (sarapan pagi disediakan)

Sarapan pagi di jetty Jesselton sebelum ke pulau. Aktiviti snorkeling dua pulau iaitu, manukan dan sapi/mamuntik. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di pulau selain dari snorkeling. Antaranya parasailing, banana boat, sea walker, dan diving. Pihak kami boleh tawarkan harga promo kepada peserta. Aktiviti dijangka sehingga jam 3pm. Balik dari pulau rehat di bilik sehingga waktu makan malam. Makan malam di Dataran Todak. Boleh repeat pasar malam jika perlu. Dihantar ke tempat penginapan untuk berehat.

Day 4 : Kota Kinabalu – KKIA – Johor Bharu (sarapan pagi disediakan)

Sarapan pagi di restoran. Kemudian dibawa ke Museum Sabah untuk lawatan sejarah negeri Sabah. Kemudian peserta akan dibawa ke Pasar Filipina untuk membeli ikan masin dan pelbagai barangan laut. Makan tengahari di restoran dan solat jamak. Sebelum dihantar ke airport, peserta akan dibawa ke Kilang Coklat terbesar di Sabah. Transfer ke KKIA. Penerbangan berlepas pada jam 6.35pm dan dijangka tiba di Senai pada jam 8.50pm.

B. MAKLUMAT PAKEJ

Pakej TermasukPakej tidak Termasuk
✔️ Flight pergi & balik
✔️ Penginapan 1 malam di Kundasang
✔️ Penginapan 2 malam di Kota
Kinabalu
✔️ 3x sarapan + 1x BBQ
✔️ Tiket lawatan
✔️ 2 island hopping + peralatan
snorkeling
✔️ Pengangkutan sepanjang trip
✔️Bagasi cabin 7kg seorang
✔️ Tour leader (min 15 - 20 peserta)
❌ Bagasi
❌ Sajian dalam penerbangan  Insuran
❌ Lunch & dinner
❌ Tipping wajib RM50 seorang
C. MAKLUMAT PENERBANGAN

PenerbanganAirasia
SectorJHB - BKI - JHB
PergiAK5302 ETD 07:25 ETA 09:45
BalikAK5303 ETD 18:35 ETA 20:50
D. MAKLUMAT PENGINAPAN

Kota Kinabalu

Raia Hotel Kota Kinabalu

- 1 Superior Triple, 1 Superior Twin

Kundasang

Kiram Village

- 1 unit homestay

E. JADUAL PEMBATALAN PAKEJ

30 Hari sebelum penerbangan
100 % lucut pembayaran pakej
45 hari sebelum penerbangan
75 % lucut pembayaran pakej 
60 hari sebelum penerbangan
 50 % lucut pembayaran pakej 

90 hari sebelum penerbangan

1st deposit tidak akan dipulangkan

F. TERMA & SYARAT

1. Untuk tempahan deposit RM650 diperlukan. Non refundable

2. Baki boleh dibayar secara ansuran mengikut persetujuan

3. Quotation bergantung harga semasa tiket penerbangan. Harga penerbangan hendaklah di antara RM300 - RM400. Cuti sekolah & cuti umum adalah tidak tertakluk dengan harga ini

4. Itinerary akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan

5. Masa penerbangan akan ada perubahan tertakluk kepada perubahan jadual dari airlines

6. Nama peserta tidak boleh diganti dengan orang lain

7. Jika berlaku PKP, trip tidak akan dibatalkan dan pihak kami akan tunda ke satu tarikh ke hadapan atas persetujuan semua

8. Pihak kami tidak akan menangung segala kos yang perlu dikeluarkan (jika ada) untuk mematuhi SOP kemasukan ke Negeri Sabah

9. Jika pihak tuan/puan bersetuju dengan pakej ini adalah wajib untuk mengikut segala maklumat yang terdapat dalam itinerary ini

G. GALERI








Pakej ini diuruskan oleh Pelo Travel & Tours Sdn Bhd. Urusan pembayaran kepada akaun syarikat 555135117194 (Maybank)